• PSPM2023

english vaganza1

english vaganza2

Unit Bahasa Inggeris dengan jayanya telah menganjurkan program English Vaganza 2022/2023 pada 10 dan 11 Februari 2023 dari jam 8 pagi hingga 4 petang.
Acara dimulakan dengan Perasmian English Vaganza 2022/2023 yang disempurnakan oleh Tuan Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis, Tuan Haji Shahrom bin Shaari, dan turut diiringi oleh Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial, Puan Asmawana binti Aziz serta Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar Encik Mohd Jorasmin bin Mat Isa.

'Flea-Market' atau nama istimewanya KNICKKNACK NOOK telah diadakan pada Hari Jumaat, 10 Februari 2023 bertempat di Foyer Tutoran A. Pelbagai barangan koleksi peribadi dijual dengan harga yang sangat murah dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Pada 11 Februari 2023, Sabtu pelbagai pertandingan untuk pelajar akan diadakan di Dewan Sri Kayangan. Antaranya ialah BEAT THE TUNE, DIAMANTE, TOTE BAG DESIGN dan BREAKING NEWS. Pelajar- pelajar juga berpeluang mencuba pelbagai permainan yang menguji kemahiran Bahasa Inggeris di segmen HAPPY CORNER. Acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial, Puan Asmawana binti Aziz yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada semua Tuan Pengarah, Ketua Jabatan, pensyarah, staf dan pelajar yang hadir dan terlibat dalam menjayakan program ini.

Klik pada pautan ini untuk melihat gambar https://t.me/+EKsK0tcgwmJjMGZl

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today291
Yesterday1026
This week3008
This month21449
Total890744

Scroll to top