Cetak

piitram 2023 1

piitram 2023 2

Pertandingan inovasi tahunan peringkat kebangsaan antara pusat asasi dan matrikulasi seluruh Malaysia atau lebih dikenali sebagai PIITRAM 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 & 18 Februari 2023 yang lalu di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

Seramai 22 orang pelajar KMP diiringi oleh 4 orang pegawai pengiring yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Pn. Zuriah binti Sulaiman, Penasihat Kelab Inovasi The Novus Pn. Adrilayanti binti Alauddin, dan Mentor- mentor pasukan, Pn. Ainis Aidil Adhha binti Ahmad & Pn. Siti Hafiza binti Omar telah bertolak dengan bas kolej ke UPM pada 17 Februari yang lalu untuk menghadiri pertandingan & pameran secara bersemuka.

Manakala untuk satu pasukan KMP atas talian bersama-sama mentor mereka Dr. Uvathi A/P Mariappan yang turut dibantu oleh Dr. Saratha A/P K. Krishnan telah berentap bersama-sama dengan pasukan yang lain secara serentak dengan rombongan yang hadir secara bersemuka di UPM pada 18 Februari 2023.

Sukacita diumumkan bahawa 5 pasukan sesi bersemuka & 1 pasukan atas talian yang mewakili Kolej Matrikulasi Perlis ini telah berjaya meraih 2 pngat Emas, 2 pingat Perak & 2 pingat Gangsa.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dirakamkan untuk barisan pemenang, mentor & pegawai pengiring yang berjaya mengharungi cabaran PIITRAM 2023.

Syabas KMP!!