Cetak

PIITRAM winner 2024

Syabas & tahniah untuk para pemenang pertandingan inovasi PIITRAM 2024 antara Pusat Asasi & Kolej Matrikulasi seluruh negara. Pertandingan ini telah berlangsung dengan gilang-gemilang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 23 hingga 25 Februari yang lalu.

KMP telah menghantar 5 pasukan ke USIM yang bertanding secara bersemuka & 2 pasukan yang berentap secara atas talian.

Pasukan KMP berjaya meraih 4 pingat Emas, 2 pingat Perak & 1 pingat Gangsa serta berjaya memenangi salah satu anugerah utama, Anugerah Ibnu Sina (Tempat Ketiga Terbaik Keseluruhan) dalam acara kali ini. Jutaan tahniah diucapkan!!