Kata Aluan
Ditulis oleh hep
Kata Aluan | Pengenalan | Organisasi | Kakitangan | Bidang Tugas | Aktiviti |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang ke laman Unit Hal Ehwal Pelajar, Kolej Matrikulasi Perlis. Saya mengalu-alukan tuan/puan/saudara/saudari untuk mengenali Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis melalui laman web ini. Semoga tuan/puan/saudara/saudari mendapat maklumat yang diperlukan demi keperluan dan pengetahuan.
Melalui laman web ini, tuan/puan/saudara/saudari dapat mengetahui maklumat terperinci berkaitan aktiviti pelajar, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Unit ini. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan atau pandangan daripada tuan/puan/saudara/saudari demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan bahan yang disediakan.
Akhir kata, saya mengharapkan laman web Kolej Matrikulasi Perlis ini akan menjadi penghubung penting antara kami dengan anda di luar sana yang ingin mengenali lebih dekat Unit Hal Ehwal Pelajar.
Mohd Badrul Hisham Bin Abdullah
Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar
Kolej Matrikulasi Perlis