aboutus-hyderabad 7

Kata Aluan       Organisasi        Pensyarah        Silabus         Aktiviti        Galeri

SEKAPUR SIRIH

 

Jannah e

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam perkenalan kepada semua yang mengunjungi laman web ini. Selaras dengan perkembangan semasa, Unit Pengajian Am Matrikulasi Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) terus bergerak ke hadapan dengan mengaplikasi pembelajaran abad ke-21 dalam usaha mencungkil potensi pelajar, memupuk dan memperkasakan kemahiran insaniah (soft skill) sebagai gaya hidup dan amalan sepanjang hayat. Pelajar-pelajar yang mempunyai soft skill serta mengamalkan nilai murni sudah tentunya mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan nilai tambah ini sangat membantu mereka untuk mencapai kejayaan seterusnya.

Dengan kepelbagaian latar bidang akademik dan latar belakang sosial dalam kalangan pensyarah-pensyarahnya, Unit Pengajian Am Matrikulasi KMP telah menggunakan segala peluang yang ada untuk memantapkan lagi silabus subjek Pengajian Am Matrikulasi di KMP melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang boleh memberi impak positif dan maksimum kepada para pelajarnya.

Semoga Allah swt  mempermudahkan tugas kami sebagai pensyarah dalam melaksanakan amanah untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah. Hala tuju jelas dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh rakan pensyarah sudah tentu akan menjadikan visi dan misi KMP menjadi sebuah institusi yang cemerlang akan terlaksana.

 

Sekian. Terima kasih

 

NURJANNAH BINTI SHAHIDAN

Ketua Unit Pengajian Am Matrikulasi

 

 


 

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today547
Yesterday745
This week2899
This month16948
Total886243

Scroll to top