Cetak

banner unit ko

Kata Aluan    Organisasi     Pensyarah     Silibus     Aktiviti     Galeri 

SEKAPUR SIRIH

JusnyKMP

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke Laman Web Kolej Matrikulasi Perlis kepada semua pengunjung. Semoga kunjungan anda ke Laman Web ini dapat meningkatkan kefahaman  tentang peranan Unit Kokurikulum Kolej Matrikulasi Perlis dalam usaha merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Unit Kokurikulum melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kokurikulum yang meliputi subjek Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan dan Unit Beruniform. Matapelajaran ini  wajib diambil oleh semua pelajar mengikut pilihan masing-masing sama ada pada semester  pertama atau semester kedua pengajian. Selain daripada itu Unit Kokurikulum juga menyelaras aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di dalam dan luar kolej seperti Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SIPMA), Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM), Perkhemahan Bersepadu, Karnival Sukan Kolej, Sambutan Bulan Kemerdekaan dan pelbagai lagi aktiviti yang berkaitan ataupun mengikut arahan pentadbiran.

Setinggi penghargaan  terhadap usaha  Pensyarah Unit Kokurikulum dalam melaksanakan peranan masing-masing untuk membentuk pengetahuan dan pengalaman pelajar bagi perkembangan mental, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.  Penghargaan ini juga dirakamkan kepada semua pensyarah dan staff KMP yang telah turut membantu Unit Kokurikulum dalam perlaksanaan aktiviti.

Akhir kata, semoga maklumat yang dipaparkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Terima kasih kerana sudi melayari Laman Web Unit Kokurikulum….. 

 

Ketua Unit Kokurikulum
Kolej Matrikulasi Perlis