Majlis Penyerahan Watikah JPP Sesi 2016/2017 Kolej Matrikulasi Perlis telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah KMP, Encik Mohd Idris Bin Omar. Majlis tersebut telah diadakan pada 3 Ogos 2016 (Rabu) bertempat di Dewan Sri Kayangan, KMP. Seramai 20 orang exco JPP telah terpilih melalui Pilihanraya Kolej yang telah diadakan pada 22 Julai 2016 yang lalu. Dalam majlis itu juga telah diserahkan surat pelantikan jawatankuasa pelajar yang telah dipilih oleh pihak pengurusan kolej seperti Jawatankuasa Kolej Kediaman, JAKTI, PRD, SRN, Sekretariat Kokurikulum, Ketua-ketua Tutoran dan Kelab Kebudayaan dan Kesenian KMP. Kemuncak majlis memperlihatkan barisan exco JPP KMP 2016/2017 melafazkan ikrar menerima tugas yang diketuai oleh Saudara Muhammad Isma Nazhan Bin Nadzeri sebagai Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis bagi sesi 2016/2017.
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) 2016/2017
Ditulis oleh JK Laman Web KMPMajlis Sekalung Budi Sejambak Kasih
Ditulis oleh JK Laman Web KMP
Majlis sekalung Budi Sejambak Kasih merupakan majlis istimewa khas buat Tn. Hj. Mohamad Jamil b. Md Noh, Pengarah KMP yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Pensyarah Staf KMP. Majlis ini telah diadakan di Hotel Putra Regency, Kangar Perlis pada 21 September 2016. Dalam majlis ini, Pengarah telah menyampaikan ucapan dan amanat khas buat warga pendidik di KMP. Majlis ini juga turut menampilkan persembahan istemewa bakat warga KMP yang mendendangkan lagu khas buat Pengarah. Penyampaian cenderahati kenangan unit-unit akademik dan bukan akademik untuk Pengarah telah disampaikan oleh Ketua-ketua unit masing-masing. |
Majlis “Send Off” Pengarah KMP
Ditulis oleh JK Laman Web KMP
Majlis “Send Off” telah diadakan pada 22 September 2016 bertempat di Dewan Sri Kayangan. Pada majlis ini turut dihadiri oleh Dr. Baiduriah Binti Yaakub, Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir bersama adalah beberapa orang Pengarah Kolej Matrikulasi antaranya KMK, KMPP dan KMM. Majlis ini merupakan hari terakhir Tn. Hj. Mohamad Jamil b. Md Noh sebagai penjawat awam. Majlis ini berakhir dengan slot khas mengetik kad perakam waktu tepat jam 5.00 petang dan perarakan kereta berhias dengan lambaian penuh kasih sayang khas buat yang diraikan Tn. Hj. Mohamad Jamil b. Md Noh, Selamat Bersara Tuan Pengarah.