• PSPM2023

AUDIT SIRIM 2017 (SURVEILLANCE & UPGRADING)

Ditulis oleh JK Laman Web KMP
 DSC0041

Audit SIRIM 2017 (Surveillance & Upgrading) telah berlangsung pada 23-24 Oktober 2017 baru-baru ini. Juruaudit dari SIRIM yang mengendalikan proses pengauditan kali ini ialah Puan Hanida Binti Ghazali dan Puan Asiyah Binti Harun. Proses pengauditan kali ini selain untuk pemantuan, ianya juga untuk tujuan menaiktaraf Sistem Pengurusan Kualiti KMP dari menggunakan standard MS ISO 9001:2008 ke standard MS ISO 9001:2015. Di akhir proses audit, juruaudit melaporkan tiada NCR dan KMP akan diberi pensijilan MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM selepas semua urusan pelaporan selesai. Tahniah KMP!!

Baca selanjutnya: AUDIT SIRIM 2017 (SURVEILLANCE & UPGRADING)

Clever Math 2017

Ditulis oleh Unit Matematik

img 1526

Sepanjang Semester 1 Sesi 2017/2018, Unit Matematik Kolej Matrikulasi Perlis telah menganjurkan Program Clever Math untuk semua pelajar Jurusan Perakaunan.

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam matapelajaran Matematik (QA016). Objektif program ini adalah untuk mensasarkan gagal sifar, menggalakkan pelajar berjumpa pensyarah serta menggalakkan pelajar menguasai subjek Matematik secara individu.

Baca selanjutnya: Clever Math 2017

Professional Learning Community (PLC): Muet Refresher Course

Ditulis oleh Unit Bahasa Inggeris

main

Pada 28 September 2017, Unit Bahasa Inggeris telah mengadakan program MUET Refresher Course, bertempat di Makmal Bahasa 4, sebagai pengisian slot Professional Learning Community (PLC) serentak dengan slot Wacana Ilmu. Program yang berlangsung selama dua jam ini merupakan satu inisiatif untuk semua pensyarah Bahasa Inggeris menambah ilmu dari segi permarkahan dan juga  mengenal pasti tip-tip yang terkini dan bermanfaat untuk dikongsi bersama pelajar Kolej Matrikulasi Perlis yang bakal menduduki ujian MUET pada November dan Mac nanti. Perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh dua orang Ketua Pemeriksa MUET, Encik Zaidi bin Zakarian dari Kolej Matrikulasi Kedah, dan Puan Amriza binti Abdullah dari SMK Syed Sirajuddin. Fokus utama perkongsian ini ialah Writing Skill yang merupakan penyumbang markah kedua terbanyak untuk ujian MUET.Semua pensyarah Unit Bahasa Inggeris berbesar hati kerana diberi peluang untuk menyertai program ini.

Baca selanjutnya: Professional Learning Community (PLC): Muet Refresher Course

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today346
Yesterday611
This week2037
This month20478
Total889773

Scroll to top