• Tahniah 1
  • Tahniah 2
  • Tahniah 3
  • Tahniah 4
  • Tahniah 5
  • Tahniah 6
  • Ramadan 2023

ENGLISH VAGANZA 2022/2023

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

english vaganza

Unit Bahasa Inggeris akan mengadakan program English Vaganza 2022/2023 pada 10 dan 11 Februari 2023 dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

'Flea-Market' atau nama istimewanya KNICKKNACK NOOK akan diadakan pada Hari Jumaat, 10 Februari 2023 bertempat di Foyer Tutoran A. Pelbagai barangan koleksi peribadi akan dijual dengan harga yang sangat murah pada hari tersebut.

Pada 11 Februari 2023, Sabtu pelbagai pertandingan untuk pelajar akan diadakan di Dewan Sri Kayangan. Antaranya ialah BEAT THE TUNE, DIAMANTE, TOTE BAG DESIGN dan BREAKING NEWS.

Bagi pelajar yang tidak terlibat dalam sebarang pertandingan, pelajar boleh mencuba pelbagai permainan yang menguji kemahiran Bahasa Inggeris di segmen HAPPY CORNER.

Semua warga KMP dijemput untuk memeriahkan lagi program ini.

Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx 2023)

Ditulis oleh COE

Tahniah dan Syabas!!

Kepada NURUL ARDINIE BINTI MOHD RIZAL

Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis jurusan Perakaunan yang telah menyertai Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx 2023) in Thailand Inventors' Day 2023 dan telah mendapat bronze prize untuk produk yang bernama ‘SAVCON’

Selamat Maju Jaya.

#kmpmyhome

#matrikulasidihatiku

IPITex

Perhimpunan Staf dan Pelajar Februari 2023

Ditulis oleh COE

Perhimpunan Staf dan Pelajar Februari 2023 telah dianjurkan oleh JPP yang memperlihatkan kematangan dalam mengolah idea agar majlis berlangsung dengan gemilang.

Turut diselitkan ialah penyampaian hadiah dan penghargaan atas kejayaan pelajar dalam program peringkat kolej KAGEM sehingga ke kebangsaan

Perhimpunan ini juga menampilkan bakat pelajar yang telah menjayakan gimik pertarungan dalam slot penyampaian hadiah utama.

Majlis ini dihadiri oleh Pengarah dan barisan pengurusan kolej yang sentiasa memberikan galakan kearah kejayaan dan kecemerlangan pelajar.

Barisan pengacaraan juga tidak kurang hebatnya, mereka dipilih menerusi ujibakat dan salah seorang dari mereka pernah menjadi DJ CILIK Radio Ikim.fm.

TAHNIAH JPP, TAHNIAH KMP....

#kmpmyhome #MatrikulasiDihatiku #matrikulasipilihanutama

perhimpunan pljr

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2023 KMP

 
 
 
 
 

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today182
Yesterday623
This week3425
This month18566
Total644385

Scroll to top