• PSPM2023

Tedx Talk: Etiquette During an Interview

Ditulis oleh Unit Bahasa Inggeris

main

Program Tedx Talk anjuran Unit Bahasa Inggeris telah diadakan pada 27 Januari 2018. Program yang diadakan di Dewan Kuliah 2 ini telah dihadiri oleh seramai 257 pelajar Kolej Matrikulasi Perlis dan semua pensyarah Bahasa Inggeris. Program yang berlangsung selama hampir 2 jam ini menampilkan Dr. Faizahani binti Ab. Rahman, seorang pensyarah kanan dari Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia sebagai penceramah khas.

Intipati pengisian program ini merangkumi persediaan sebelum, semasa dan selepas dalam menghadapi sesi temuduga untuk penempatan universiti dan juga temuduga mendapatkan pekerjaan, serta pendedahan tentang etika yang perlu dipatuhi semasa sesi temuduga.

Pelajar-pelajar yang hadir menunjukkan sikap yang membanggakan dengan melibatkan diri secara aktif sepanjang program berlangsung. Sekalung budi dan tahniah buat semua ahli Unit Bahasa Inggeris serta semua pelajar di atas komitmen yang diberikan.

Baca selanjutnya: Tedx Talk: Etiquette During an Interview

Program Marathon Reset, Go, Excel

Ditulis oleh Unit Perakaunan

3

  

Program  Marathon dan Reset Go Excel ini adalah salah satu inisiatif di peringkat Jabatan untuk meningkatkan prestasi pelajar Perakaunan dan Sains di dalam PSPM. Program ini dilaksanakan dalam dua siri iaitu pada 8 Oktober 2017 (Siri 1) dan 29 Oktober 2017 (Siri 2). Program ini adalah untuk pelajar yang terpilih berdasarkan sasaran yang dibuat di peringkat kolej. 

Di antara objektif program ini adalah supaya peserta dapat menguasai topik-topik yang sukar difahami untuk jurusan perakaunan dan sains serta memberi kesedaran tentang kepentingan menuntut ilmu.
 
Diharapkan program ini dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar Kolej Matrikulasi Perlis selaras dengan KPI kolej iaitu untuk mencapai 100% pelajar lulus. Semoga pelajar memanfaatkan peluang yang diberi seterusnya menjadi insan yang cemerlang yang bakal mencorak pembangunan Negara pada masa akan datang.
 

Karnival Pendidikan Kerjaya KMP 2017

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

img 0554
KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA KMP SESI 2017/2018 kali ini sebanyak 25 buah Universiti Awam termasuk PTPTN, Bahagian Pembiayaan Pendidikan MARA dan Kementerian Kesihatan Malaysia hadir untuk menyertainya. Jumlah ini merupakan penyertaan terbanyak berbanding tahun-tahun sebelum ini. Perkembangan ini amat membanggakan. Karnival ini merupakan akviti tahunan Unit Kaunseling & Kerjaya (UKK) dan telah dirasmikan oleh Pn Hajah Mardiana Binti Abd Rahim, Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis.

Baca selanjutnya: Karnival Pendidikan Kerjaya KMP 2017

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today678
Yesterday362
This week1040
This month19481
Total888776

Scroll to top