• PSPM2023

Road To Success 2017

Ditulis oleh Unit Bahasa Inggeris

img-20171003-wa0017

30 September 2017 merupakan tarikh yang telah dipilih oleh Unit Bahasa Inggeris untuk menganjurkan program Road to Success 2017. Program yang melibatkan seramai 255 pelajar ini telah berlangsung di Dewan Kuliah 1, dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Penceramah jemputan, Puan Ilani binti Muhd Kamil dari SMK Sungai Kapar Indah, merupakan seorang pemeriksa kertas MUET berbesar hati berkongsi tip-tip dan teknik berkesan untuk membantu pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Perlis mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan MUET yang bakal berlangsung November 2017 nanti. Semua Pensyarah Unit Bahasa Inggeris juga turut mengikuti program ini dalam usaha menambah ilmu dan berkongsi pendapat dengan penceramah jemputan . Semua pelajar yang hadir merupakan pelajar yang dikategorikan sebagai high-achiever, dan golongan ini akan bertindak sebagai fasilitator yang akan berkongsi ilmu yang mereka perolehi dari program ini bersama rakan-rakan mereka yang lain.

Baca selanjutnya: Road To Success 2017

Fun With English 2017

Ditulis oleh Unit Bahasa Inggeris

main

Unit Bahasa Inggeris, Kolej Matrikulasi Perlis telah menganjurkan Program “Fun With English” pada 19 Ogos 2017 yang lalu . Program yang mendapat sokongan penuh dari pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Perlis serta seluruh warga kolej ini adalah bertujuan membudayakan dan memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar Kolej Matrikulasi Perlis.

Baca selanjutnya: Fun With English 2017

Intelectual Discourse: An Introduction To Audio Application Software

Ditulis oleh Unit Bahasa Inggeris

main

Unit Bahasa Inggeris telah melaksanakan slot Wacana Ilmu pada 8 September 2017 dengan kehadiran Puan Suhaila binti Che Noh, Pensyarah Unit Sains Komputer sebagai penceramah jemputan. Seramai 17 pensyarah Unit Bahasa Inggeris telah didedahkan dengan teknik-teknik pengeditan audio untuk meningkatkan kualiti penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran mendengar (Listening Skill), di dalam kursus yang berlangsung selama dua jam itu. Perkongsian yang bermanfaat ini wajar diteruskan pada masa hadapan dalam usaha meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Baca selanjutnya: Intelectual Discourse: An Introduction To Audio Application Software

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today319
Yesterday745
This week2671
This month16720
Total886015

Scroll to top