









Pertandingan inovasi tahunan peringkat kebangsaan antara pusat asasi dan matrikulasi seluruh Malaysia atau lebih dikenali sebagai PIITRAM 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 & 18 Februari 2023 yang lalu di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.
Seramai 22 orang pelajar KMP diiringi oleh 4 orang pegawai pengiring yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Pn. Zuriah binti Sulaiman, Penasihat Kelab Inovasi The Novus Pn. Adrilayanti binti Alauddin, dan Mentor- mentor pasukan, Pn. Ainis Aidil Adhha binti Ahmad & Pn. Siti Hafiza binti Omar telah bertolak dengan bas kolej ke UPM pada 17 Februari yang lalu untuk menghadiri pertandingan & pameran secara bersemuka.
Manakala untuk satu pasukan KMP atas talian bersama-sama mentor mereka Dr. Uvathi A/P Mariappan yang turut dibantu oleh Dr. Saratha A/P K. Krishnan telah berentap bersama-sama dengan pasukan yang lain secara serentak dengan rombongan yang hadir secara bersemuka di UPM pada 18 Februari 2023.
Sukacita diumumkan bahawa 5 pasukan sesi bersemuka & 1 pasukan atas talian yang mewakili Kolej Matrikulasi Perlis ini telah berjaya meraih 2 pngat Emas, 2 pingat Perak & 2 pingat Gangsa.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dirakamkan untuk barisan pemenang, mentor & pegawai pengiring yang berjaya mengharungi cabaran PIITRAM 2023.
Syabas KMP!!
The Not So ‘Pep-Talk’
Tarikh : 14 Februari 2023
Hari : Selasa
Waktu : 11.15 pagi - 12.15 tengahari
Peserta : Pelajar Sains Kolej Matrikulasi Perlis
Tempat : Dewan Kuliah 1
Penceramah :
1. Puan Nurul Atikah binti Azmi - University of Manchester ( Pensyarah Matematik KMP)
2. Nurdanisha binti Hariz - Victoria University of Wellington ( Alumni KMP Gen 22)
3.Muhammad Haziq Fadzil bin Shaiful Rizam - University of Canterbury ( Alumni KMP Gen 22)
4. Siti Nahar Tania Binti Zainuddin - University of Canterbury ( Alumni KMP Gen 22)
Objektif :
1. Meningkatkan motivasi kepada pelajar berkenaan cara belajar subjek Matematik
2. Membuka minda pelajar terhadap peluang yang ada selepas tamat matrikulasi
Video Program boleh ditonton melalui pautan link youtube