• PSPM2023

banner unit ekonomi

Kata Aluan      Organisasi       Pensyarah       Silibus      Aktiviti      Galeri   

tajuk aktiviti

SEMESTER 1 SESI 2020/21

PROGRAM DIDIK EKONOMI (PDE)

Satu program yang dirancang untuk meningkatkan motivasi pelajar bagi menghadapi peperiksaan akhir maktrikulasi (PSPM). Program ini dapat meningkatkan inisiatif pelajar menghadiri konsultasi dengan pensyarah bagi membaiki kelemahan - kelemahan dalam topik tertentu. Pelajar didedahkan dengan bentuk soalan PSPM dan dengan ini pelajar dapat merealisasikan matlamat unit ekonomi untuk meningkatkan pencapaian gred pelajar dalam PSPM.

 

PROGRAM NAJA ( INSPIRASI UNTUK KITA SEMUA)

Mengambil sempena nama seorang peserta Hafiz Indonesia 2019 iaitu Muhammad Naja Hudia Afifurrahman Hidayat, 10, sebagai satu inspirasi yang harus dicontohi semua.Hafiz Indonesia adalah sebuah program unggul RCTI yang menampilkan kemampuan anak-anak dalam melafazkan dan menghafal rangkaian ayat-ayat Al-Quran.

Meskipun menghidap penyakit Celebral Palsy atau lumpuh otak, namun kanak-kanak dari Mataram , Indonesia ini dikurniakan kelebihan luar biasa di mana Naja mampu menghafal tiga puluh juzuk Al-Quran. Dikenali sebagai Naja, dia juga boleh meneka dan menyambung dengan tepat surah dari mana-mana ayat dari setiap halaman . Di dalam fikiran peserta Hafiz Indonesia ini bagaikan terdampar setiap lembaran kalam Allah itu. Kehebatan Naja membuatkan hakim dan semua orang yang berada di studio kagum hingga menitiskan air mata.

 

Program ini merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan jati diri pelajar supaya mempunyai hala tuju yang jelas sepanjang berada di KMP. Pelajar juga diterapkan lapan nilai teras KMP sebagai pemangkin untuk menuju kejayaan dan meningkatkan potensi secara menyeluruh.

Peserta program akan dibimbing oleh pensyarah dan diberi pendedahan bentuk soalan dan cara menjawab mengikut soalan peperiksaan akhir semester.  

PROGRAM LESTARI EKONOMI (PLE)      

 Program ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri, daya saing seterusnya meningkatkan pencapaian akademik pelajar - pelajar. Pelajar diterapkan dengan nilai teras KMP sebagai pemangkin untuk menuju kejayaan dan meningkatkan potensi secara menyeluruh. Pelajar dibimbing dan dibina keyakinan diri dengan berkongsi idea dan matlamat dengan bekas pelajar KMP (Alumni KMP). Peserta program akan dibimbing oleh fasilitator dan diberi pendedahan bentuk soalan dan cara menjawab mengikut soalan peperiksaan akhir semester.  

SEMESTER 2 SESI 2020/21

PROGRAM LESTARI EKONOMI 2.0

PROGRAM NAJA 2.0

PROGRAM 4 FLAT

 

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today921
Yesterday1026
This week3638
This month22079
Total891374

Scroll to top