PROGRAM EDU WALK- ROAD TO HARI GURU 2017 PERINGKAT NEGERI PERLIS
Ditulis oleh JK Laman Web KMPProgram EDUWALK- ROAD TO HARI GURU 2017 telah diadakan pada 30 Mac 2017 bersempena dengan Pelancaran Sambutan Hari Guru dengan tema ‘GURU PEMBINA NEGARA BANGSA’, bertempat di SMK Arau, Perlis. Kolej Matrikulasi Perlis yang telah menjadi pengelola bersama Jabatan Pendidikan Perlis, disertai oleh 33 orang pelajar yang membuat persembahan dan 22 orang pensyarah. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, En Azman bin Ghazali dan turut dihadiri oleh ADUN Guar Sanji, Y.B. En. Jafperi bin Othman. Majlis turut dihadiri oleh pengetua dan guru besar sekolah-sekolah di Negeri Perlis dan wakil pelajar dari sekolah menengah di negeri Perlis. Program Eduwalk tersebut telah berjaya menyampaikan maklumat-maklumat penting berkaitan Program Matrikulasi kepada semua pengetua dan guru besar, serta pelajar-pelajar sekolah terpilih seluruh negeri Perlis.