• PSPM2023

img 1526

Sepanjang Semester 1 Sesi 2017/2018, Unit Matematik Kolej Matrikulasi Perlis telah menganjurkan Program Clever Math untuk semua pelajar Jurusan Perakaunan.

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam matapelajaran Matematik (QA016). Objektif program ini adalah untuk mensasarkan gagal sifar, menggalakkan pelajar berjumpa pensyarah serta menggalakkan pelajar menguasai subjek Matematik secara individu.

Untuk program ini, pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Gold, Silver dan Bronze. Pelajar perlu menjawab soalan bagi setiap topik mengikut jadual yang telah ditetapkan. Setiap topik mempunyai bilangan minimum soalan yang perlu dijawab.

Di hujung semester, Unit Matematik telah menganugerahkan cenderahati kepada pelajar yang menjawab soalan terbanyak dalam program ini.

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today242
Yesterday707
This week3209
This month1863
Total896048

Scroll to top