Pada 04 Februari 2018 yang lalu Program Rejuvenasi telah diadakan bertempat di Dewan Sri Kayangan KMP. Program ini lebih menjurus ke arah membangkitkan semula semangat diri pelajar Program Matrikulasi KPM yang telah memasuki semester baharu. Intipati program ini diterapkan dengan kemahiran-kemahiran insaniah khusus untuk pelajar-pelajar semester akhir.
Program Rejuvenasi Unit Perakaunan
Ditulis oleh Unit PerakaunanKEJOHANAN GEMILANG (KAGEM) 2018
Ditulis oleh JK Laman Web KMPPada 3 hingga 4 March 2018,Kolej Matrikulasi Perlis telah mengadakan Kejohanan Gemilang (KAGEM) peringkat matrikulasi bertempat di padang Kolej Matrikulasi Perlis. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Huzairi B. Hasan selaku ketua jabatan unit ko-kurikulum. Program ini telah disertai seramai 1000 orang pelajar Kolej Matrikulasi Perlis dan beberapa guru jemputan. Program KAGEM telah dicetuskan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) daripada sesi yang lepas dan dilaksanakan sebagai program tahunan kolej.
The Final Dash
Ditulis oleh Unit Bahasa InggerisUnit Bahasa Inggeris telah mengadakan program The Final Dash pada 14 Februari yang lalu. Program yang berfokuskan kepada kemahiran ‘Speaking’ ini disertai oleh semua pensyarah Unit Bahasa Inggeris dan 251 pelajar yang bakal menduduki ujian MUET bagi sesi Mac 2018.
Program ini bertujuan memberi tip-tip dan membantu pelajar membuat persiapan akhir menjelang ujian ‘Speaking’ yang bakal berlangsung sebaik sahaja tamat cuti pertengahan semester. Kehadiran dan penyertaan pelajar adalah amat menggalakkan. Tahniah dan terima kasih kepada semua pensyarah unit Bahasa Inggeris, pelajar dan jawatankuasa yang terlibat.